3rd Day Syawal

suesopian 0
Assalamualaikum. Cinta.

Today dah 3rd day Syawal. Masih lagi dalam mood raya but sedikit kurang..

Today jugak Mama and Abah balik KKB. Esok Adik nak balik Melaka. Apalagi, drama queen mula la buat drama sedih pagi tadi..

Meraung-raung nak ikut Oni balik. Puas pujuk dia. Lastly bawak je terus masuk kereta, biar je dia nangis meraung-raung sampai teresak-esak. Kesian tengok dia tapi terpaksa la. We all cuti panjang and nak balik Taiping.. Next week baru balik KKB..

Memang kesian. Kalau ikut hati ni nak je bagi Hadirah tu kat Oni dia. Lebih rela bagi kat Oni dari tengok dia nangis sampai macam tu.. -__

Then ai and En. Along bawak Hadirah pi Zoo Taiping.. Kononnya nak pujuk dia la..sebab memang dah janji nak bawak dia pi Zoo.. Start masuk highway dia tidur dalam teresak-esak tu. Kesian tengok dia tidur camtu..tak sampai hati rasanya..

Sampai Zoo Taiping, nasib baik dia ok.. tapi penat sikit la. Dia boleh pulak tak nak jalan sendiri. Berdukung. Gilir-gilir la but banyaknya En. Along la kan.. Menyesal tak bawak stroller balik.. sebab ingat takde la nak pi mana-mana.. -__-” Penat..

Seronok bawa Hadirah pi Zoo. Dia kan dah boleh cakap sikit-sikit. Dah kenal haiwan apa. Memang seronok dok sembang dengan dia.. Lagi senang nak ajar dia.. Dia pun teruja tengok haiwan kat situ. Siap boleh sembang dengan buaya lagi. Boleh pulak suruh buaya tembaga tu bangun dari tidur then ajak main dengan dia. Ngeri. Lepas tu dia tak pernah tengok memerang, sekali dia tengok dia seronok. Dok kejar memerang tu sana sini. But memerang tu dalam akuarium. Dia dok ikut mana memerang tu pergi. Haishhhh.. Letih but seronok..

Balik mintak nak monkey. Kalau tak bagi merajuk pulak. Belikan aje la.. Anak nak kan.. sepuluh hengget tu.. Kalau tak sayang barang tak tau la..

Itu je aktiviti kami for today.. esok tak tahu lagi plan apa..

Wassalam..

posted from Bloggeroid

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *