6th Day Syawal : Mandi Sungai

suesopian 4
Assalamualaikum. Cinta.

Tengok tajuk pun dah tau kan.. Tak ke mana pun hari ni.. Just mandi manda kat Bukit Jana je petang tadi. Best sangat!

But si kecik tadi tidur.. So memang peluang keemasan la.. Memang taknak bawak dak kecik ni pi sungai tu.. Lagipun kan tempat tu hutan hutan sikit.. Taknak la membahayakan si kecik tu.. Since adik ipar and his wife baru sampai subuh subuh tadi, so ada la teman. Baru best mandi manda berempat ni.. Ada la sikit rasa macam orang bujang.. ^_^ ececece berangan pulak kan..

Oppsss.. gambar-gambar takde. Tak bawak phone tadi. Sorang pun tak bawak. Bukannya ada tempat nak letak pun. Jatuh dalam sungai memang sia-sia je la.. Lain la kalau ai pakai Sony Xperia Z yang baru tu. Masuk dalam air pun tak kisah. Sure ai bawak ke hulu ke hilir. Hujan panas ke.. kan.. But ai cuma ada Sony Xperia yang tak boleh masuk dalam air.. Hahaha.. Hadoi..rasa nak tukar sekarang jugak.. Rugi woo tak bawak phone tadi. Banyak yang boleh di shoot kan tadi.. T_T

Pi sana memang release tension. Sangat best. Air dia memang sejuk sangat. Air bukit la katakan.. Hoho..best jugak pi couple couple ni.. Orang tengok macam tak kawen lagi.. Sapa yang tau tu tau la.. So sweet tau we all ni.. Haha..puji diri sendiri lagi! Ye la sapa nak puji kalau bukan ai kan.. Time kami ke sana pun tak ramai sangat orang. Kami pi sana pun dalam jam 4.00 petang camtu. Pilih tempat yang best sikit. Ada la orang mula-mula tu but after setengah jam we all dah dok main air kat situ, budak-budak tu pun blah.. Hah! heaven.. subhanallah..

Alhamdulillah..masih dapat menikmati keindahan ciptaan Allah swt..

Time balik, ada la orang dah start datang.. Tapi tak seramai time hujung minggu. Kalau hujung minggu, nak mandi manda pun tak best. Orang ramai sangat..

Sampai je depan rumah, Hadirah datang terpa. “Mami! Papa!” Kesian tengok dia kena tinggal.. Nasib baik dia tak menangis.. Dia ok je.. “Diya tinggal” katanya.. Haha..gelak tengok dia cakap camtu but mimik muka tak sedih pun. Happy lagi ade la..

Esok dah promise dengan dak kecik ni nak bawak dia pi mandi manda kat Bukit Merah. InshaaAllah..sekiranya takde aral melintang, sampai la kami semua kat sana..

Ni Hadirah ni ikut Papa dia, Paksu, Maksu and Makcik dia keluar. Boleh la ai rest kejap sambil update blog and blogwalking.. Diorang nak pi kedai je..alang-alang tu ai kirim burger.. Tetiba teringin nak makan burger malam-malam camni.. Teringin? Oh no!! Haha..

Wassalam..


Gambar Hadirah dok menconteng buku. Mulut menghafal abc but dalam buku tak tau nak cakap gambar apa.. sungguh berseni..

posted from Bloggeroid

Comments 4

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *