Petua Melembutkan Daging Liat
Assalamualaikum. Cinta.
Tersilap teknik merebus daging korban sebentar tadi, membuatkan daging yang direbus liat. Perghhhhh.. jenuh nak memotong daging tu.
Terus call Mama tanya, kenapa daging liat bila dah rebus?
Huwaaaaa… silapnya rebus dengan api yang biasa. Rupa-rupanya, nak merebus daging perlu rebus dengan api yang perlahan. Sangat perlahan. Sangat sangat perlahan. Seperti mereneh sup atau mereneh ubat ginseng.
Cissss.. salah teknik rebus daging rupanya. Eh? Nampak sangat kan Sue jarang masak berasaskan daging. Haha..
Terus la bertanya kepada kawan-kawan group ibu-ibu PAM (baca : diva PAM) bagaimana caranya untuk melembutkan daging yang dah liat dek kerana salah teknik rebus sampai daging liat.
So di bawah ni antara petua yang diberi :-
1. Masukkan daun nangka dalam periuk dan rebus lagi.
2. Masukkan daun betik
3. Masukkan akar pokok pandan
Sue pilih cara yang ketiga memandangkan daun nangka dan daun betik sudah pasti tiada.
Alhamdulillah. Menjadi pun petua yang ketiga tersebut. So daging dah tak liat. Lembut apabila siap direbus semula dengan akar pokok pandan.

Ok. Boleh cuba ye mana-mana petua di atas kalau ada yang nak lembutkan daging rebus. Especially masa macam sekarang ni, banyak daging korban kan?
Selamat malam.
Wassalam.
Boleh cuba nih lepas nihhh. Mekasehhhh sharing info!
http://www.uyulrosli.com
wah ni 1st time dgr, slalu dgr dorang kata kalo nak daging cepat masak letak senduk besi tu rebus sekali. ntah btl ntah ttidak
dtg jln sni & follow 215# moohon support newbie =)
wahhhhh petua mudah ni,akar pandan selalu je ada,good info tq
Asalamualaikum kenal kan diri..terima kasih follow blog saya ya
kalau masuk dalam pressure cooker? 😀 biasa tgk mak buat macam tu.
hanisamanina.com
Petua ni bape lama ye kena empukkn.. klu merebus lama tetap liat..patutla api bukak besar.hehe
rebus lama tapi api besar memang tetap liat..
tapi kalau rebus lama dan api perlahan, should be ok.
petua ni kalau daging dah rebus lama tapi liat juga, masukkan mana-mana bahan dalam setengah jam gitu.. kalau masih tak lembut lagi cuba setengah jam lagi dan seterusnya.. kena rajin check jugak la.. hihi
sama-sama.. thanks singgah sini uyul!
kalau pressure cooker tak perlu petua semua ni.. hehe.. boleh lembut terus daging tu..