First Dose #CUCUKMYAZ

Assalamualaikum. Hai.
Alhamdulillah, dalam berjuta-juta rakyat Malaysia, Kaklong berjaya mendapatkan temujanji vaksin covid-19. Bukan mudah nak dapat temujanji vaksin Astrazeneca ni. Yelah, kena berebut slot dekat website. Website pula problem yang sangat teruk. Masa first batch Kaklong langsung tak dapat masuk apatah lagi nak slot in temujanji dalam website tu.. Jadi masa batch kedua dibuka Kaklong dah siap sediakan beberapa gajet untuk battle & fight nak masuk untuk slot in temujanji juga. Bila ingat balik, geram juga. Ditunda 15 minit dah satu hal. Lepas tu nak masuk pula bukan main loading lama. Tiba-tiba tak boleh tekan negeri pula. Bila dah boleh tekan negeri, semua tarikh dan lokasi penuh. Tapi ‘tab’ masih tunjuk warna hijau (available slot). Kaklong nak masuk slot menunggu pun ada problem juga. Haihhhhh.
Sampai ke sudah, hingga habis waktu pembukaan slot batch kedua pun Kaklong masih tak dapat slot temujanji pun. Lagi sedih bila adik dan mama dah dapat slot temujanji vaksin AZ..
Ramai kawan-kawan Kaklong kata sehari selepas batch kedua dibuka tu ramai yang dapat slot temujanji. So Kaklong pun buka MySejahtera semata-mata nak check dapat slot in atau tidak. Ternyata kecewa juga. Masih tak dapat.. Hari-hari Kaklong check MySejahtera.. Alhamdulillah akhirnya pada hari keempat Kaklong dapat slot. Walaupun lewat, tapi takpe. Janji dah ada slot temujanji vaksinasi.
Temujanji Kaklong dapat pula 7.30 malam dan tempatnya KL bukan Shah Alam seperti yang Kaklong pilih dan harapkan. Hah! Sudah! Masalah juga ni sebab anak-anak nak letak mana malam-malam? Sebabnya for sure tak boleh bawa anak-anak. So Kaklong dah set dengan babysitter untuk ambil anak-anak malam lepas balik dari vaksin. Mula-mula dah terfikir nak cancel appointment tu tapi takut pula lambat nak dapat temujanji lagi sekali. Mujurlah dengar cerita dari adik Kaklong yang dah ke tempat vaksin yang sama cakap boleh datang waktu bila-bila je tapi mesti hari yang sama. So Kaklong decide datang awal lah since boleh datang waktu bila-bila.
Maka tibalah hari yang ditunggu-tunggu. Alhamdulillah perjalanan ke PWTC, KL tiada mengalami masalah. Kaklong minta Abanglong ambil cuti dan jadi driver Kaklong lah memandangkan sudah lama Kaklong tak drive jauh-jauh bersendirian. Lagipun nak mencari parking lagi. Failed kalau bab bab parking ni. Boleh sesat jadinya.
Sampai je di PWTC, dah rasa dah.. Akan sesat juga ni.. Memang betul pun sesat. Berapa kali pusing tempat yang sama je.. Kaklong ni mudah sesat orangnya. Abanglong pun kalau pakai waze pun boleh salah masuk simpang tambah-tambah lagi kalau jalan tu dia tak familiar. Mereput lah kami berdua mencari tempatnya. Dah la Kaklong salah turun tempat. Sudah kena menapak jalan kaki jauh. Gigil-gigil kaki menahan kepenatan. Resah gelisah semua ada.
Dengan penuh kerisauan, Kaklong menyusuri jalan sambil pandang kiri kanan, belakang depan. Mana taknya, jalan tu sunyi juga. Ada seorang brother ni dekat belakang. Terus Kaklong call Abanglong sebab takut punya pasal. Abanglong pula dalam kereta kat tempat parking mana entah. Jadi untuk elak rasa takut, terus cakap-cakap dengan Abanglong sampailah rasa selamat sikit. Lepas letak je telefon, brother yang kat belakang tu tanya Kaklong nak ke tempat cucuk vaksin juga ke. Kaklong iyakan je. Dia kata dia pun sama dan dia pun sesat juga. Lahhhh.. sesat sama-sama rupanya. Sudahnya Kaklong jalan dengan dia tapi dia kat depan, Kaklong ikut belakang dialah. Takut punya pasal sebab laluan tu sunyi sangat. Macam-macam dalam kepala dah fikir. Dah la rasa anxiety attack pun ada sebab lama dah tak keluar rumah jumpa orang ramai.
Brother tu jumpa guard tanya mana tempat vaksin, guard tunjuk jalan. So Kaklong pun ikut je dia. Sampailah kami selamat tiba ke tempat yang betul. Kaklong pun beratur la di pintu masuk belakang brother baju biru tadi. Jumpa polis yang bertugas, Kaklong pun tunjukkan slot temu janji (MySejahtera app) dekat polis tu. Masa beratur tu dengar pengumuman, kalau temujanji hari ini, boleh masuk jam berapa pun asalkan tarikh sama. Fuhhhh lega.. masa tu dah jam 2 petang dah..
Sepanjang dalam PWTC tu, Kaklong jamin yang korang takkan sesat sebab memang ada laluan, tanda yang tunjukkan arah dan papan tanda setiap station. Kalau korang masih sesat pun, ada abang-abang polis dan sukarelawan yang korang boleh tanya nanti.
Selepas tu, Kaklong diberi 2 helai borang yang sama untuk diisi beserta dengan nombor panggilan. Kaklong nasihatkan korang tunggulah dulu penerangan daripada sukarelawan dekat situ sebelum isi, takut tersilap isi. Sebab Kaklong pun silap isi borang.. Hahahahaha.. Dah kena isi lagi sekali..
Bila dah siap isi, sukarelawan datang semak borang. Masa tulah Kaklong tahu yang Kaklong dah salah isi borang so bila dah siap isi lagi sekali, sukarelawan tu datang semak lagi sekali dan arahkan terus masuk ke laluan yang dah disediakan untuk ke station seterusnya. Masa tu panggil nombor pun dah lebih dari nombor yang Kaklong dapat. Maksudnya memang lajulah proses di sini. Lepas dipanggil tu, ingatkan boleh cucuk terus. Rupanya ada lagi beberapa step yang kena buat.
Next step ialah korang akan dibawa ke bahagian consultation. Dekat sinilah korang boleh tanya apa-apa yang korang nak tanya dekat petugas kesihatan tu. Tapi haritu Kaklong tak tanya apa-apa pun sebab tak tahu nak tanya apa.. Hahaha…
Lepas dah consult, terus sukarelawan arahkan untuk tunggu di tempat yang disediakan untuk tunggu giliran dipanggil cucuk. Memang tak lama sangat pun. Ada la dalam 5 minit. Tak sempat nak buat apa pun. Baca novel apatah lagi.. Hahahahaha.. Waktu ni dah rasa seram sejuk dah. Lama tak kena cucuk lah katakan. Last pun time pregnant kan Haziqah which is dah lebih 3 tahun lepas.
Bila dah sampai tempat untuk injection, Kaklong pun masuk lah dalam bilik kecil yang volunteer tunjukkan sebelum tu. Mulanya Kaklong nak ambil gambar je tapi doktor/nurse situ kata tak boleh. So oklah. Tak sempat pun nak ambil gambar.. hmmmmmm.. Dia kata tengok dia terangkan dose, jarum apa semua. So sepanjang proses cucuk tu Kaklong tengok sampai habis. Seram juga tapi tengok juga nak ingat semua task.
Bagi Kaklong, nak kata tertutup tu tak sangat. Satu bilik dua orang pula. Boleh je orang lagi satu tu tengok aurat korang. Belum cakap lagi orang dekat luar boleh nampak juga. Nak selamat, maybe selak sikit jelah kot kawasan lengan tu. Nak comment banyak-banyak pasal ni pun tak boleh juga. Mungkin ada sebab kenapa diorang buat macam ni. Oh by the way, Kaklong dapat doktor perempuan. Lega juga lah sebab tak segan. Cuma masa nak buka coat tu Kaklonng seganlah juga sebab masa tu ada seorang orang laki dah nak habis cucuk. tunggu sekejap and then baru proceed selak coat. Tapi dalam masa yang sama juga, boleh nampak orang luar juga. Maksudnya orang luar pun boleh nampak juga. Haihhhhh..
Selesai sahaja injection, tak boleh balik terus. Kita kena stay selama 15 minit dahulu untuk dipantau. Duduk je dekat tempat yang disediakan sampai tamat 15 minit. Waktu tu, kalau rasa tak sedap badan ke apa, boleh terus pergi jumpa petugas dekat situ. Masa tulah petugas situ minta isi kad vaksinasi dengan detail yang dorang bagi. Dalam masa yang sama, kalau ada simptom apa-apa boleh terus inform dorang.
Untuk vaksin Astrazeneca ni, tarikh untuk second dose tak ditetapkan terus. Korang kena check balik aplikasi MySejahtera selepas 5-12 minggu daripada hari korang ambil first dose. Itu berdasarkan apa yang petugas kat sana cakaplah. Tapi, masa Kaklong tu, esoknya terus dapat temu janji untuk dose kedua. Alhamdulillah. Apa-apa pun, korang checklah selalu aplikasi MySejahtera tu.
Bagi korang yang masih tak dapat lagi temujanji vaksin (tak kisahlah Pfizer ke, Sinovac ke, AstraZeneca ke), jangan risau, lambat laun korang akan dapat juga. InshaaAllah. Jangan kisahkan vaksin apa. Terima seadanya. Vaksin yang terbaik ialah vaksin yang paling cepat korang boleh dapatkan dalam waktu terdekat. Tambahan ada juga yang cuba buat program open vaksin, maksudnya boleh walk in di beberapa tempat. Tapi tulah, harap bersabar dan tenanglah bila masih belum dipanggil lagi.
Dos seterusnya Kaklong punya bulan 9. Dah nak hujung juga tu.. Maksudnya bulan 10 lah baru Kaklong boleh keluar agaknya.. Abanglong dia untunglah, dua dos vaksin dah dapat awal memandangkan dia dalam kategori “frontliners”. Jadi dia dah dapat Sinovac awal. Tempoh antara dos pertama dan kedua pun tak lama macam AZ. Siapa yang dapat Pfizer dan Sinovac, jarak menunggu dos kedua tu tak lama macam Az.. Untung juga tu.. So sekarang ni kalau beli barang memang sepenuhnya Abanglong sorang je keluar dan kalau tak pun Kaklong order dekat Shopee je.. senang.. Sampai terus depan pintu..
Oh ya! Ingat tak brother baju biru tu tadi? Haa.. Kaklong jumpa dia lagi after keluar dari tempat vaksin, dekat tempat orang ambil gambar tu..
Mulanya Kaklong offer orang depan Kaklong untuk ambilkan gambar dia since dia pun keseorangan. (dalam hati berharap dia ambilkan gambar Kaklong juga)
After that, dia pun ambilkan gambar Kaklong pula. Haaaa gitu.. Kaklong tak malu terus offer je orang depan Kaklong untuk tolong ambilkan gambar! Hahahaha..
Lepas tu brother baju biru tu pun minta tolong ambilkan gambar dia juga.. Okeh.. boleh lah since dia pun dah tolong tanyakan kat guard arah nak ke tempat vaksin kan..
Brother baju biru, thank you so much!
