Program Baru Untuk Bantu Ubah Hidup 10,000 Orang Sempena Merdeka 2019
Dr Azizan Osman sebagai Master Coach Richwork melahirkan ramai usahawan, jutawan dan banyak menyumbang kepada perkembangan dan kemajuan bidang keusahawanan di negara ini, antaranya kemajuan anak-anak bangsa dengan rekod peningkatan pencapaian usahawan melalui program bisnes dan pemasaran hanya dalam tempoh seawal 3 bulan hingga 18 bulan.
Bergelar jutawan seawal usia 32 tahun melalui syarikat yang diasaskannya pada tahun 2008, Azizan menerusi Richworks International Sdn Bhd, kini merupakan peneraju seminar latihan dan pencetus pembangunan keusahawanan dan pemasaran

Alhamdulillah. Kali ini Sue berpeluang untuk turut sama menyertai program 10X Grow Your Business oleh Dr. Azizan Osman. Wow! Terasa aura positif dan semangat para peserta diserap masuk. Memang meremanglah bulu roma mendengar setiap inci ilmu, tips, nasihat, panduan, dan dorongan yang diberikan oleh panel dan Dr. Azizan Osman tambah-tambah lagi mendengar serba sedikit kisah para peserta yang hadir.
Dalam program yang sama juga pihak Richworks International Sdn Bhd melancarkan program baru yang 10x lebih berimpak daripada IMKK seperti tahun-tahun sebelumnya iaitu NAK UBAH HIDUP 2019 – KUASAI POTENSI DIRI, KEWANGAN DAN BISNES di Menara PGRM, Cheras.



Apa yang lebih menarik, ramai dari mereka asalnya hadir dengan keadaan kusut penuh bermasalah, dengan tekanan kewangan dan beban hutang keliling pinggang. Selain dari itu, ramai yang berniaga tanpa ilmu perniagaan yang betul menyebabkan bisnes mereka susah nak berkembang. Malahan mereka terpaksa berhadapan dengan cabaran untuk membuat jualan bulanan yang tinggi dan konsisten. Dan ini juga mempengaruhi tahap kewangan dan pendapatan mereka sehingga menyebabkan ramai antara mereka terpaksa menanggung beban hutang bisnes yang mempengaruhi keadaan hidup mereka.

“Selain dari itu, jika sebelum ini Richworks adalah sinonim dengan Program Intensif Magnet Kekayaan & Kejayaan (IMKK) yang telah berakhir pada bulan November 2018, kami yakin isi kandungan Program Nak Ubah Hidup ini akan 10 kali lebih berimpak dari Program IMKK kerana program baru ini dapat membuka peluang kepada lebih ramai rakyat Malaysia untuk memahami potensi sebenar diri mereka melalul ilmu serta pengalaman dan kesilapan saya untuk mereka mengubah dan memperbaiki diri, hidup dan tahap kewangan mereka menjadi luar biasa.” kata Azizan.

Pendaftaran program NAK UBAH HIDUP masih dibuka. Ayuh, cepat-cepat daftarkan diri korang! Nak maju kena bertindak cepat!
