Demam!

suesopian 0
Assalamualaikum. Cinta.

Dugaan Ramadhan.. Baru nak naik demam ni.. Asalnya bawa si Hadirah je ke klinik pagi ni.. Semalaman dia tak tidur lena.. Merengek, berpusing sana sini, bersin bersin.. dengan Mami dia pun tak tidur lena.. yelah kan..dah anak tak sihat and tak lena tidur, Mami dia pun tak lena jugak la..

Mami dia pun memang sakit tekak 2-3 hari ni.. alang-alang dah ke klinik, tumpang sekaki la.. At last Mami lagi banyak ubatnya dari Hadirah.. Mami pun sama..dah start demam..patut la rasa sakit semacam je kepala ni..

Memang tinggal harapan la nak puasa hari ni.. kalau tak makan ubat, tak pergi kerja la pulak esok.. Semalam pun memang Mami Hadirah ni dah start sakit belakang and pinggang.. effect dah lama ni.. jatuh zaman belajar dulu.. sekarang baru sakit balik.. doktor kata kalau kerap sakit kena pi x-ray..nak tengok urat and tulang macam mana.. hurmmmm..tu yang tak nak tu..

Rasanya mata dah berat ni.. peluk Hadirahla sat lagi.. mahu rest dulu..

Wassalam..

posted from Bloggeroid

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *