Jumaat Terakhir Ramadhan

suesopian 0
Assalamualaikum. Cinta.

Semalam merupakan Jumaat terakhir untuk Ramadhan kali ini.. Entah masih akan bertemu Ramadhan seterusnya atau pun tidak.. Hanya Dia yang tahu.. Moga diberi kesempatan olehNya untuk bertemu kembali Ramadhan akan datang..

Sempat lagi bergambar bersama kat office..sebelum raya.. Tapi ai masih kerja lagi sampai Selasa.. Rabu baru start cuti..tu pun sebab cuti 1TM, kalau tak, memang tak cuti lagi.. ai tak ambil cuti sebelum raya but lepas raya baru cuti sakan.. ^^

Kawan-kawan yang dah start bercuti tu, selamat bercuti.. Selamat Hari Raya.. hati-hati semasa dalam perjalanan balik kampung..

Ai rasa bercinta nak sampai kampung ni..sure la..sebab balik a day before raya.. pukul berapa nak bergerak and sampai pun tak tahu lagi.. -__-“

Si kecik ni sempat lagi makan biskut raya.. tak sempat tunggu raya.. sama la dengan Papa dia.. nak rasa jugak biskut raya tu.. tak tahan godaan.. Ai pun apa lagi, tumpang sekaki jugak.. muahahaha..

Oh ya! Esok nak bawak si kecik ni ke klinik.. sekarang ni dok bersin bersin sampai bengkak mata.. Hingus jangan cakap la.. prepare kain all the time.. Dah la hyper active ni.. Tak boleh dok diam sekejap..Si kecik ni dah la sensitif, tak boleh panas, tak boleh habuk-habuk ni.. dah macam ada resdung.. risau pulak.. -__-“

Nanti sambung lagi pulak.. kesian tengok si kecik ni..dah start kacau mami dia dah ni..

Wassalam

posted from Bloggeroid

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *