Ceritera Hujung Minggu #2 – Part 1
Assalamualaikum. Cinta.
Maaf ye.. Baru nak update.. Bila dah layan dak kecik tu sampai letih, merudum terus mood nak update sebab nanti sure tertidur sambil entri tak ter’publish’ ataupun lappy atas badan.. -__-” Siap sedia la untuk melayan gambar-gambar aktiviti kami di hujung minggu baru-baru ni..
Sabtu : Aeon Rawang
Just bawa dak kecik ni jalan-jalan. Actually ada jemputan open house but maaf sangat-sangat tak datang.. Jauh pun ye juga.. Hadirah ni actually kena tinggal dengan Oni dia.. Oni and Atuk balik kampung kejap. Melompat-lompat dia sambil cakap, “Tengok oni! Tengok oni!”.. Kesian dia.. Bangun je dari tidur pi cari Oni.. Sekali Oni dia takde.. Tu pun ai cakap kat dia, Oni pergi pasar, beli ikan.. Tu yang melompat-lompat tu.. Nak ikut Oni la tu maksudnya.. Nak tak nak, bawak la dia jalan-jalan dengan harapan balik nanti Oni dah ada standby kat rumah..

Dapat main tak ingat nak balik.. Lastly pujuk-pujuk bawak dia pi tempat teddy bear.. Dia dok main angkat letak patung-patung watak kartun Pororo.. Tahu pulak tu satu-satu nama wataknya.. Fuhhh! Nasib baik dia main angkat letak je.. Dia tak mintak belikan.. Dia pilih nak beli puzzle gambar Dora aje.. Lega wehh.. Tapi andaikata dia nak jugak, try pujuk-pujuk dia la kan.. Kat rumah tu dah berlambak teddy bear.. Semua saiz ada.. Kecik besar semua ada.. If tak jalan gak pujuk rayu baru pikir nak beli atau tak.. ^__^
Will be continue..
Wassalam..




