Coretan Hari Ini #1
Assalamualaikum. Cinta.
Pagi.
Datang lewat lagi. Why?? Sebabnya seawal jam 4.30 pagi dah terjaga. Tak boleh tidur. Pusing kiri. Pusing kanan. Terkebil-kebil tenung kipis siling yang rancak berpusing. Toleh sebelah. Partner lena. Tengok jam hp, Subuh dah!
After Subuh, sambung tidur. Baru boleh lena. Termimpi-mimpi jumpa Hadirah. Rasa macam baru tidur, En. Along kejut subuh-subuh suruh bangun. Meracau sekejap. Marah sebab kacau tidur. Tapi tersedar dan terpisat-pisat bangun dengan mata pejam, cerita kat En. Along tak boleh tidur tadi. Sambung tidur sekejap.
En. Along kejut lagi. En. Along nak keluar dah ni katanya. Bangun jugak finally. Siap-siap untuk mandi. Kerja?! Sigh~~~ -__-“
Iron baju ala kadar. Packing barang dan baju yang nak bawak balik. Satu beg.. 2 beg.. 3 beg.. 4 beg.. Eh?! Dah macam nak balik sebulan. Gelak sorang-sorang sambil isi jugak beg-beg lain.
Angkut beg-beg sampai 2 kali turun naik tangga. Settle. Lega. Goodbye rumahku syurgaku untuk beberapa hari.. Goodbye untuk En. Along jugak. Anggaplah Sue pi outstation ye..
Breakfast dah lewat jugak. Dengan gf sorang aje. Sorang lagi gf katanya nak pi training walaupun seawal pagi tadi kata tak nak pi training. Makan makanan berat. Tipis harapan nak kurus balik. Tq kawan untuk breakfast yang dibeli hari ini.
Tengahari.
Keluar dengan gf. Kena pi BSN katanya. Makan fastfood. Again!. Chatting sampai tak sedar jam dah menganjak ke petang. -__- Zohor pun di hujung waktu. Sigh~
Petang.
Balik awal. Tengok langit, mendung. Tapi macam sebab jerebu. Entahlah. Janji sampai awal ke destinasi. Nak pick up si Adik di Shah Alam. Isi minyak kat federal penuh-penuh. Pusing tasik Shah Alam kononnya nak singgah kat HotFM Zoomers. Tak jadi. Segan. -__-” Teruskan ke Seksyen 17. Parking terus dalam kawasan bas.
Sementara tunggu Adik, layan novel hasil karya Dr. Farhan Hadi & Fatimah Syarha iaitu Cinta High Class & Cintaku Kerana Agamamu. Menarik. Setiap susun kata kedua-duanya menyentuh hati. Sampai ke jiwa. Meresap jauh ke setiap urat saraf. Menggetarkan setiap denyutan nadi yang ada. Indah sungguh kata-kata mereka itu.
Disyorkan untuk memiliki novel ini. Banyak ilmu dan manfaat yang boleh diambil dan dijadikan panduan dalam perkiraan untuk membina rumahtangga. Terkesan di hati.
Adik sampai, meneruskan perjalanan ke rumah Mama. Sepanjang jalan, hujan tak berhenti. Terpaksa drive slow sangat. Mata dah lama rabun. Spec still takde lagi. Entah bila nak buat pun tak tahu.
Malam.
Alhamdulillah. Selamat sampai. Hadirah baru tidur. Sedar-sedar, merengek. Tak cukup tidur pun ye. Merajuk pun ye juga. Papa Hadirah tak balik sekali. Itu pun boleh jadi salah satu sebab merajuk. Selalu terpa ke Papa dulu. Hari ini tak. Sesi pujuk-memujuk bermula selepas kenyangkan perut. Lama-lama dah ok. Boleh la gelak sakan. Apalagi, si Adik start sesi menyakat + membuli.
Hadirah dipaksa pakai selendang baru yang dibeli oleh Adik. Actually, Adik yang tengah dok depan cermin membelek melilit selendang itu. Ai dok golek-golek atas katil. Entah dari mana datangnya idea Adik nak membuli Hadirah. Rindu katanya. Shoot picture dia, muka tak ceria. Rimas agaknya.
Buka je selendang tu, terus ceria semacam. Lompat sakan. Layan aje la.
Baru kejap tadi ingat nak buat Out of Office Autoreply kat email. End up tak boleh. Mula-mula ingat sebab salah password. Check sana sini. Tak boleh juga. Check email personal. Demmit. Password dah expired last week. Macam mana boleh tak perasan dah seminggu expired. Sampai sebelum keluar office tadi takde yang mencurigakan. Bila nak pakai dari luar je yang tak boleh.
Terpaksa memohon pertolongan kawan esok untuk reset balik. Tak boleh buat dari rumah. Perlu connection dari dalam. Kalau nak remote laptop yang kat office tu lagi la menyusahkan orang nak keluarkan laptop tu, nak on kan, nak bukak macam-macam dan lain-lain lagi. Bukan tak nak biarkan laptop office hidup 24/7 tapi nanti tiba-tiba ghaib, siapa nak jawab tu? Better mintak tolong resetkan terus on behalf kan.. Sorry, terpaksa susahkan kawan lagi.. -__-“
Tak cukup tidur. Mata dah mata panda. Lagi lama nanti lagi mengarut.
Need a beauty sleep and good rest. ^__^
To : En. Along dan rakan-rakan yang sedang baca blog ini, good night! Love you all!
Wassalam.

