Raya Tanpa Tersayang
Assalamualaikum. Cinta.
Tajuk WHI for today, sangat menyentuh hati.. Raya Tanpa Tersayang..
Sedar tak sedar hampir 8 tahun rupanya dia pergi meninggalkan kami semua.. Sesungguhnya kami amat merinduinya.. Hanya Al-fatihah yang dapat kami kirimkan di saat rasa rindu itu hadir.. Kerinduan itu tetap hadir walau jauh ditepis..
Masih segar diingatan ini, gerak langkahnya, tutur katanya, pujuk rayunya yang meminta duit belanja daripada kakaknya ini walaupun pada masa itu kakaknya ini belum bekerja lagi.. semuanya masih segar diingatan..
Tidak mungkin kakaknya ini melupakan suaranya yang masih terngiang-ngiang di telinga ini.. masih terbayang-bayang senyuman manis di wajahnya..tenang dan mendamaikan.. Semasa dia meninggalkan pun, wajahnya tetap tenang dan masih tersenyum manis.. Seolah-olah dia sedang tidur..tanpa menghiraukan esak tangis kami sekeluarga, saudara mara dan sahabat handai kami..
Rindu sungguh aku padanya.. Ya Allah ya Tuhanku, sesungguhnya hanya padaMu aku bermohon, cucurilah rahmat keatas rohnya, peliharalah dia, moga-moga dia ditempatkan di kalangan orang soleh.. Engkau lindungilah dia.. Engkau jauhkanlah dia dari seksaanMu..sampaikan salamku padanya..Andai ditakdirkan rohnya datang menemuiku, aku bermohon kepadaMu, temukanlah kami dalam keadaan yang baik dan gembira supaya aku tidak berasa sedih atas pemergiannya.. Amin..
Al-fatihah buat adik kesayanganku, Mohamad Shahril..
Wassalam..
