Pra-Tonton : [Review] Filem Kawan Aku Mati Dalam Rumah Sewa

suesopian 2
Assalamualaikum. Cinta.

Isnin lepas, Sue berpeluang untuk join Malam Pra-Tonton Filem Kawan Aku Mati Dalam Rumah Sewa yang akan menemui penonton di pawagam mulai 14 Ogos ini. Filem ini menampilkan gabungan pelawak Malaysia seperti kumpulan Bocey, Yassin, Epy Kodiang dan ramai lagi.

TAJUK : KAWAN AKU MATI DALAM RUMAH SEWA
Tarikh Tayangan : 14 Ogos 2014
Genre : Komedi
Pelakon : Abam, Fad, Acey (Bocey), Yassin, Epy Kodiang
Pengarah : Hashim Rejab
Terbitan : Metrowealth

SINOPSIS KAWAN AKU MATI DALAM RUMAH SEWA
Cerita ini menceritakan tentang kehidupan 3 rakan baik yang tinggal bersama di rumah sewa. RUDY, pelakon extra yang sentiasa memainkan watak hantu dalam setiap filem. AKHIR pula adalah seorang pekerja di sebuah stesen minyak dan REMY adalah seorang pengilap kasut. Mereka menyewa rumah yang dimiliki oleh PAK CIK ​​OSMAN BASAH. Ketahui bagaimana salah seorang rakan mereka meninggal dunia di rumah itu?

Komen Sue :
Filem Kawan Aku Mati Dalam Rumah Sewa ni adalah recommended movie bagi sesiapa yang ingin bergelak ketawa bersama keluarga dan kawan-kawan. Memang pecah panggung dengan gelak tawa korang nanti.. So lagi best tengok cerita ni di panggung beramai-ramai.. Sure havoc!

Bersama rakan blogger yang hadir tempohari..

huwaaa.. yang tak best sekali bateri kamera Sue kong.. dah tu bateri spare pulak tertinggal dalam kereta. Huwaaa… phone pun kong jugak.. T_T sob..sob..sob.. Mujur ada kawan-kawan lain.. *pinjam gambar*

Kredit gambar kepada Bro Framestone dan Ayu Jean.. Tq Bro Framestone sebab anjurkan contest untuk Blogger Movie Day Out ini tempohari.. Best!

Wassalam…


Comments 2

Leave a Reply to ienaeliena Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *