JBT sebagai Pakej Pelancongan Pilihan ke Jepun
Wow! Banyak tu..
Antara pakej-pakej tersebut adalah Pakej JBT : Autumn in Kanto (Tokyo/Karuizawa/Ibaraki/Yamanashi) hanya dari RM1,990, Pakej JBT : Jom ke Kansai 2015 (Osaka / Kyoto / Himeji) hanya dari RM1,990. Murah, bukan?

2. Keselesaan sepanjang berada di Jepun
Bagi sesetengah orang, (mungkin hampir semua orang) keselesaan adalah faktor utama yang ditimbangtara apabila ingin memilih sesebuah pakej pelancongan ke mana-mana sahaja. Siapa yang tidak mahukan keselesaan, tambah-tambah apabila berada di negara asing, kan? Dengan mengikuti pakej pelancongan ke Jepun bersama JBT, walaupun anda semua mengambil pakej yang paling minima sekalipun, keselesaan anda adalah keutumaan JBT. Anda pasti berasa selesa dan senang apabila berurusan dengan pihak JBT. Malah, Encik Rafidi sendiri yang menjadi “tourist guide” buat anda semua. Maka anda tidak perlu risau lagi apabila menyentuh soal makanan halal, tempat untuk menunaikan solat dan sebagainya sepanjang anda berada di Jepun.
3. Pilihan pakej dan musim
JBT ada menawarkan pakej private trip dan open trip. Bagi anda yang mementingkan keselesaan dan mahukan hanya ahli keluarga atau hanya sekumpulan kecil untuk melawat negara Jepun, anda boleh memilih private trip. Lebih mudah dan senang untuk pihak JBT menguruskan kumpulan kecil anda. Bagi yang berminat untuk menyertai open trip, pihak JBT telah menetapkan tarikh dan destinasi pelancongan anda. Sesiapa sahaja boleh join open trip ini dan tempat menginap adalah sharing basis. Melalui open trip ini juga anda dapat bertemu dan beramah mesra dengan ramai orang.
4. Servis JBT yang terbaik
Bermula sejak penghujung Januari 2014, JBT telah mengorak selangkah demi selangkah untuk memberikan servis terbaik mereka bagi pakej pelancongan ke Jepun. Encik Rafidi yang merupakan tourist guide telah beberapa kali ke Jepun dan sudah pasti fasih dan mahir berbahasa Jepun. Ini memudahkan anda semua untuk mendapatkan maklumat berkaitan apa saja sepanjang berada di Jepun.
Pihak JBT juga memberikan servis yang cepat dan teratur. Briefing juga disediakan dan anda juga boleh mendapatkan makluman awal berkaitan dengan tempat-tempat yang bakal anda lawati.
Menawarkan pakej pelancongan ke Jepun yang murah membuatkan JBT merupakan pilihan utama untuk ke Jepun. Tidak perlu bersusah payah untuk mendapatkan maklumat lain dan juga pakej pelancongan ke Jepun yang lain memandangkan servis dan pakej yang ditawarkan oleh pihak JBT menarik dan berpatutan.
Jom ke Jepun dengan Japan Budget Trip!!!
- Tempat pertama : Hadiah saguhati bernilai RM200
- Tempat kedua : Hadiah saguhati bernilai RM150
- Tempat ketiga : Hadiah saguhati bernilai RM100
- Tempat keempat : Hadiah saguhati bernilai RM50
- Tempat kelima : Hadiah saguhati bernilai RM30
Bestnya jepun
bestnyer klu dpt pi jepong…